July 08, 2009

hehe..ni bukan awek aku.tp member aku.student UUM.nama dia zimah.

akob dan ezati

Woho.....sape plak la ni erk??kalau nak taw ni la member aku time skolah tgkatan 6.diorang berdua ni mmg pasangan couple paling romantik.akob ni skrg student dekat UPSI.kira bakal cikgu la ni.yg ezati ni student di polytech MARA batu pahat.

ape yg bestnyer tntg kitorang ni ialah kitorang ni amat2 rapat.bila diorang balik kg,mesti diorang contact aku.ajak kuar jalan2.antara keta yg selalu jadi mangsa bawak kitorang ni keta zimah ngan ezati.sbbnyer diorang x taw aku dah ada keta sendiri.huhu..sekamat..le save minyak.ape pun harap hubungan kitorang xkan terputus.kepada akob dan ezati,jgn lupa janji korang nak jadikan aku pengapit korang.hahaha..zimah plak jgn serik2 bawak kitorang kuar nek keta ko.ape pun best dapat jadi member korng.

CaYanG AbG AcIt...

July 07, 2009



Salam sekali lagi..Hari ni har publish post blog ni 3 kali..ape pun mmg banyak cite yang har nak kongsikan..pic ni kalau kawan2 nak taw ialah buah hati har.org yang paling har sayang sekali.dia ni sorang yang dapat beri har ketenangan bila har nga susah hati.wpun umah har dgn dia x same.har akan pastikan bila har balik keje je har g umah dia.AUNI FIRDINA merupakan nama puteri cute ni.dia bukan adik har dan juga bukan anak har.dia ni sepupu har yang paling bongsu.ape yang specialnya dia dari sepupu yang lain ialah dia ni yang paling manja dgn har.har pun mmg ngam dgn mak n ayah dia.membesar dulu pun same2 dgn mak dia.har selalu doa moga AUNI dapat membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang solehah kepada mak dan ayh dia.

Aku x sangka tujuan aku bercerita dan berkongsi pendapat dalam blog ni mendapat tentangan dari segelintir org.aku kenal org tu dan aku taw latar belakang org yang cuba mencemarkan imej aku dalam blog ini.cuma aku malas nak cerita tentang sape org tu dan latar belakang dia.

ape pun,pada rakan2 yang sentiasa menyokong aku.thanks byk2 aku ucapkan.korang memang best..tuk pengetahuan korang,tak semua post yang ada ldalam blog aku ni karya asal aku.ada juga yang aku ambil dari mana2 blog sahabat yang lain.aku sekadar berkongsi cerita dan memberi pendapat.hope korang akan lebih berfikiran terbuka.

dan post PEREPMPUAN KINI dalam blog aku,utk pengetahuan korang aku x menyalahkan pada sebelah pihak.ia bergantung pada pendapat individu.cuma tolong la komen yang elok2 skit.korang seolah2 menuduh aku ni tunding jari pada kaum hawa jer..

untuk blog aku dengan ex aku tu..aku xbermaksud aku tggu dia.kalau lah aku tggu dia.xkan la aku ada si dia sebagai pengganti dia.korang fikirlah sendiri..

renungi kata2 yang aku ambil dari seorang yang aku kenali :

"WANITA X DIJADIKAN UTK KEKAGUMAN SEORANG LELAKI,
TP SEBAGAI SUMBER KEBAHAGIAAN SEORANG INSAN BERNAMA SUAMI"

MENGHAYATI KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

July 06, 2009

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan". (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua'aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.... (at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.

Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.

Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.

Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.

Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.

Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.

Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra' wa Mi'raj Khayr al-Bariyyah.

Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: "Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan".

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.

Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.

Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.

Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan. (Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)

Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.

PEREMPUAN KINI

KENAPA PEREMPUAN SEKARANG TAK MCM DULU?? Aku ni bukan la alim sangat.Tapi semakin aku meningkat dewasa,semakin aku mempunyai ramai teman.Aku lihat masalah ini seperti tidak akan ada jalan penyelesaian.Masalah yang aku maksudkan ini ialah tentang KEMANA PERGINYA MARUAH DAN HARGA DIRI SORANG WANITA??

Aku tak maksudkan semua orang mcm tu.tapi, ada la segelintir yang buat mcm tu.Aku ada sorang kawan yang boleh di kira rapat gak dengan aku.Dia cakap kat aku dia nak cari boyfriend yang boleh bimbing dia.Aku puji niat dia.Tp ni bukan sekali dia cakap mcm tu.Setiap kali lepas putus dia akan cakap benda yang sama kat aku.Bila putus je dia akan salah kan lelaki sbb cakap tak serupa bikin.

Mana taknya,baru jadi couple dia dah sanggup serahkan tubuh dia kat boyfren2 dia.Setahu aku dia dah bersama dengan 3 orang lelaki.Sekarang aku rasa takut sangat untuk cari teman hidup aku.Takut kalau dapat yang dah di tebuk tupai.Perempuan sekarang dah x macam dulu.Aku sebagai lelaki dan sebagai orang Islam nak sangat benda2 ni x berlaku lagi.Tp,ia bergantung pada kesedaran individu itu sendiri.

Kepada mereka yang pernah terlajak,berubah la..Fikirkan tentang masa depan keluarga dan diri anda.

kau dalam kenangan

July 05, 2009

Salam semua..
Hari ni tiba2 aku teringat pada ex girlfriend aku.Kira dia lah 1st love aku.Aku mula kenal dia 9 Julai 2004.Mase tu aku form 4 dan dia plak form5.Kira dia senior aku setahun la..Hubungan aku dengan dia pun mula2 hany sekadar kawan biase jer.Nak dijadikan cite 1 hari tu aku hantar la surat kat dia.lebih kurang 2 hari lepas tu dia balas surat tu.aku ingat lagi sampai hari ni isi kandungannya ape :

"SAYA HARAP SANGAT LEPAS AWK BACA SURAT INI,AWAK XKAN ANGGAP SAYA SEBAGAI KAWAN JER..SAYA NAK AWAK ANGGAP SY SEBAGAI SPECIAL GIRLFRIEND AWK.SY HARAP PINTU HATI AWK MASIH TERBUKA UTK SY."

Sejak dari tu la aku mula couple dengan dia.Bercinta time tu menyeronokkan gak sbb byk betul benda2 bodoh yang aku buat.dan ada gak yang kalau di ingatkan balik boleh buat aku gelak.mane taknyer..aku dating dengan dia pun time kat dalam TUNAS Bistari(mcm koperasi).dahtu bil tepon umah aku plak naik sampai rm500.bising mak bapak aku.

Lepas dia abis SPM dia keje kat kilang shimano.aku plak terus study kat form5.mase tu punya la azab nak contact.haset xde.so aku contact dia pun guna surat.hehe..mase tu kire dua2 setia la.xde orang lein dalam hati dia selain aku.bila dia masuk form6 aku selalu gak jumpa dia.lepas je aku spm.dia study di Politeknik.mase tu ada la skit dugaan2 dalam life dia.tp le tepis lagi.
aku start je Upper 6 dia pun dapat keje kat Jabatan Mineral dan Geosains kat Negeri Sembilan.time tu aku ingat lagi mase dia mula2 nak masuk keje.dia pernah janji walau ape pun jadi dia xkan da org lain.

aku di uji selepas dari bulan 7.dia mula mengaku dia berkawan rapat dengan bos dia.bos dia tu dah la laki org.mmg aku maafkan dia sbb aku syg sgt kat dia.lepas tu dia buat hal dengan budak pahang.mcm2 dia tipu aku.n finalnya mase aku nak paper last stpm.

aku jumpa dia mase tu last 30.12.2007.mse tu aku ok jer dgn dia.tapi x sangka pada 2.1.2008 dia nak putus dengan aku.dia kate aku x mampu sara hidup dia dan dia dah ada org lain.aku dapat taw berita tu pun 20 minit sblum aku masuk dewan exam.mase tu hanya Allah je yang taw mcm mane keadaan aku.paper last aku mmg hancur.tp ape nak buat.tu pilihan dia.

aku try contact dia.tp dia dah tuka no.aku g ofis dia kena halau plak.skrg dia dah ada org len.aku sentiasa doakan dia bahagia.dalam banyak2 surat dia ada satu yang aku simpan.kat situ ada tertulis:

"WALAU DI MANA PUN SAYANG,SAYANG TETAP MILIK ABANG DAN AKAN SENTIASA MENJADI MILIK ABANG"

aku berpegang pada kata2 tu.

Usia Penghalang Cinta??

July 01, 2009


Aku tahu ramai antara korang yang tahu sape selebriti yang aku tunjukkan ni. Tapi cite yang aku nak citekan ni bukan tentang diorang. Cerita ni tentang aku dengan seseorang.
Beberapa hari lepas aku dan seorang perempuan ni same2 ke Tangkak untuk mengikuti Kursus Perancangan Perniagaan Peringkat Negeri Johor sempena Minggu dan Hari Belia Peringkat Negeri Johor 2009. Saat tu merupakan detik aku kenal dia. Pada mulanya aku hanya anggap dia akak sebab perbezaan umur aku dengan dia ialah dia 10 tahun tua dari aku. Tapi oleh kerana terlalu rapat dengan dia di sana membuatkan satu perasaan lain yang mula timbul dalam hati aku.
Aku tak pasti sama ada dia perasan tak tentang sume tu.. Dan aku pun x pernah meluahkan semua tu pada dia. Bila balik jer dari kursus tu aku mula la nak angau sorang2. Sume keje aku nak buat tak boleh. Asyik teringat kat dia jer. Cuma yang menjadi msalah paling besar ialah dia tu bini orang..hehe.. ape nak buat. Dah nasib badan. Ni bukan kali pertama aku lalui sumer ni. Tapi da masuk kali kedua. Ape pun aku akan cuba kawal perasaan aku ni. Macam lagu "CINTA DALAM HATI". Kalau korang tahu lagu tu korang boleh hayati liriknya..
(p/s : maaf..pic orgnya aku xdapat postkan)

Anda Pengunjung Ke :

Masa itu Emas

Followers

Unit Tindakan Khas

Unit Tindakan Khas

Rakan Muda

Sang Saka Biru

313 Cawangan Johor

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia