Showing posts with label CiNtA HaR. Show all posts
Showing posts with label CiNtA HaR. Show all posts

sayang..maafkan aku

May 24, 2011

SAyang DiA...

Hari ni lepas sekian lama x update blog,tiba2 Har rasa nak update plak.kalau sebelum ni ada si dia yang tolong updatekan blog Har ni.tp skrg sume Har kena buat sendiri.Har rindu dia dan harap dia sentiasa ingat dekat Har. Har harap Har akan lebih kuat pasni.Har sayang dia sangat2... ATHIRA DIYANA...


=)

January 21, 2011

Ni semua hasil kerja dia


=) =) =)

Mengharapkan Kesetiaanmu..

July 30, 2009

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini Har rasa sedih sikit sebab saat utk Har pergi meninggalkan dia selama 7 bulan semakin hampir. Memang Har rasa gembira sangat bila terpilih ke Pusat Latihan Polis. Tapi dalam masa yang sama Har asyik terfikir tentang dia pula.
Ape akan berlaku selepas Har ke sana nanti. Macam mana Har nak tumpukan perhatian dalam latihan sedangkan Har asyik terfikirkan dia saja. Ya Allah... Kenapa mesti ini semua berlaku ke atas aku??
Mungkin inilah salah satu ujian kecil yang Dia berikan kepada kami untuk menguji sejauh mana cinta kami berdua. Ape pun Har mengharapkan yang terbaik untuk dia. Har hanya mampu merancang. Tapi Dia yang menentukan segalanya.
Saat Har bertemu dia walaupun seketika amat Har hargai.. Har mengharapkan dapat bertemu dia sekali lagi lepas habis latihan nanti. Har harap sangat dia dapat menghadirkan diri semasa Perbarisan Tamat Latihan Har nanti.

Harap sangat

July 23, 2009

Fuhh... Bosan sangat malam ni. Har x taw nak buat ape. Asyik terfikir ape la yang akan berlaku esok hari. Nak kuar malas plak. Maklumlah, poket dah kering. Duit bulan ni byk betul abis utk preparation ke PULAPOL.Semua barang aku dah beli. Kecuali kasut kulit hitam.

Bila fikirkan tentang latihan yang akan Har jalani,perasaan gembira,sedih dan bimbang mula menguasai diri Har ni. Cita-cita har nak menjadi seorang anggota polis akhirnya menjadi kenyataan. Namun, Har tetap rasa bimbang dengan hubungan Har dengan dia. Har takut sangat dia akan berubah hati ketika ketiadaan Har nanti.

"Ya Allah... Kau panjangkanlah jodoh aku dengan dia"

Buat dia, Har akan sentiasa berpegang janji Har pada awak. Har harap awak akan tunggu Har...
Semoga cinta kita mendapat keredhaan Allah s.w.t.

kau dalam kenangan

July 05, 2009

Salam semua..
Hari ni tiba2 aku teringat pada ex girlfriend aku.Kira dia lah 1st love aku.Aku mula kenal dia 9 Julai 2004.Mase tu aku form 4 dan dia plak form5.Kira dia senior aku setahun la..Hubungan aku dengan dia pun mula2 hany sekadar kawan biase jer.Nak dijadikan cite 1 hari tu aku hantar la surat kat dia.lebih kurang 2 hari lepas tu dia balas surat tu.aku ingat lagi sampai hari ni isi kandungannya ape :

"SAYA HARAP SANGAT LEPAS AWK BACA SURAT INI,AWAK XKAN ANGGAP SAYA SEBAGAI KAWAN JER..SAYA NAK AWAK ANGGAP SY SEBAGAI SPECIAL GIRLFRIEND AWK.SY HARAP PINTU HATI AWK MASIH TERBUKA UTK SY."

Sejak dari tu la aku mula couple dengan dia.Bercinta time tu menyeronokkan gak sbb byk betul benda2 bodoh yang aku buat.dan ada gak yang kalau di ingatkan balik boleh buat aku gelak.mane taknyer..aku dating dengan dia pun time kat dalam TUNAS Bistari(mcm koperasi).dahtu bil tepon umah aku plak naik sampai rm500.bising mak bapak aku.

Lepas dia abis SPM dia keje kat kilang shimano.aku plak terus study kat form5.mase tu punya la azab nak contact.haset xde.so aku contact dia pun guna surat.hehe..mase tu kire dua2 setia la.xde orang lein dalam hati dia selain aku.bila dia masuk form6 aku selalu gak jumpa dia.lepas je aku spm.dia study di Politeknik.mase tu ada la skit dugaan2 dalam life dia.tp le tepis lagi.
aku start je Upper 6 dia pun dapat keje kat Jabatan Mineral dan Geosains kat Negeri Sembilan.time tu aku ingat lagi mase dia mula2 nak masuk keje.dia pernah janji walau ape pun jadi dia xkan da org lain.

aku di uji selepas dari bulan 7.dia mula mengaku dia berkawan rapat dengan bos dia.bos dia tu dah la laki org.mmg aku maafkan dia sbb aku syg sgt kat dia.lepas tu dia buat hal dengan budak pahang.mcm2 dia tipu aku.n finalnya mase aku nak paper last stpm.

aku jumpa dia mase tu last 30.12.2007.mse tu aku ok jer dgn dia.tapi x sangka pada 2.1.2008 dia nak putus dengan aku.dia kate aku x mampu sara hidup dia dan dia dah ada org lain.aku dapat taw berita tu pun 20 minit sblum aku masuk dewan exam.mase tu hanya Allah je yang taw mcm mane keadaan aku.paper last aku mmg hancur.tp ape nak buat.tu pilihan dia.

aku try contact dia.tp dia dah tuka no.aku g ofis dia kena halau plak.skrg dia dah ada org len.aku sentiasa doakan dia bahagia.dalam banyak2 surat dia ada satu yang aku simpan.kat situ ada tertulis:

"WALAU DI MANA PUN SAYANG,SAYANG TETAP MILIK ABANG DAN AKAN SENTIASA MENJADI MILIK ABANG"

aku berpegang pada kata2 tu.

Usia Penghalang Cinta??

July 01, 2009


Aku tahu ramai antara korang yang tahu sape selebriti yang aku tunjukkan ni. Tapi cite yang aku nak citekan ni bukan tentang diorang. Cerita ni tentang aku dengan seseorang.
Beberapa hari lepas aku dan seorang perempuan ni same2 ke Tangkak untuk mengikuti Kursus Perancangan Perniagaan Peringkat Negeri Johor sempena Minggu dan Hari Belia Peringkat Negeri Johor 2009. Saat tu merupakan detik aku kenal dia. Pada mulanya aku hanya anggap dia akak sebab perbezaan umur aku dengan dia ialah dia 10 tahun tua dari aku. Tapi oleh kerana terlalu rapat dengan dia di sana membuatkan satu perasaan lain yang mula timbul dalam hati aku.
Aku tak pasti sama ada dia perasan tak tentang sume tu.. Dan aku pun x pernah meluahkan semua tu pada dia. Bila balik jer dari kursus tu aku mula la nak angau sorang2. Sume keje aku nak buat tak boleh. Asyik teringat kat dia jer. Cuma yang menjadi msalah paling besar ialah dia tu bini orang..hehe.. ape nak buat. Dah nasib badan. Ni bukan kali pertama aku lalui sumer ni. Tapi da masuk kali kedua. Ape pun aku akan cuba kawal perasaan aku ni. Macam lagu "CINTA DALAM HATI". Kalau korang tahu lagu tu korang boleh hayati liriknya..
(p/s : maaf..pic orgnya aku xdapat postkan)

Dia yang pernah hadir dalam hidup aku..

May 29, 2009

Mungkin korang akan fikir aku sengaja buat mcm ni sebab nak dia balik kat aku.
Sebenarnya aku xpernah dapat jumpa atau contact dia sampai sekarang sejak 2 tahun lebih yang lalu. Ape pun aku tahu dia bahagia dengan pasangan baru dia.


Ni antara pic last yang dia bagi aku..



Mase ni haron nga kuar makan dengan dia.
Last2 day mase couple dengan dia.

Anda Pengunjung Ke :

Masa itu Emas

Followers

Unit Tindakan Khas

Unit Tindakan Khas

Rakan Muda

Sang Saka Biru

313 Cawangan Johor

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia